Monday, 29 October 2012

RAI PELUANG UNTUK BERSAMA NISSAN SYLPHY 2012 + AUTO MASKULIN/MASKULIN


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dengan bangga menaja kuiz “Rai Peluang Untuk Bersama Nissan Sylphy 2012” anjuran Auto Maskulin/Maskulin.

3 pemenang terulung yang melengkapkan slogan yang paling kreatif akan dapat memandu uji Nissan Sylphy 2012 selama 2 hari 1 malam dan selebihnya akan menikmati grooming (dandanan) dan makan tengahari bersama ETCM dan Auto Maskulin di Pavilion Kuala Lumpur pada 3 November 2012.

“Saya ingin mendapatkan peluang pandu uji Nissan Sylphy 2012 kerana…”

Slogan para pemenang pandu uji Nissan Sylphy 2012:

1)       ….. ia merupakan jenama kereta yang dikenali, kecanggihan sistem pemanduan berteknologi terkini, reka bentuk keemasan mewah memikat hati, perjalanan menuju destinasi selesa dinikmati. – Mohd Sujairi Bin Harun, 29, Melaka.

2)       ….. adrenalin kelajuan buatku teruja, kereta eksklusif buatku bersedia, pemanduan berhemah paling utama, dengan pandu uji Nissan Sylphy 2012, ku rasa sungguh bahagia. – Mohamad Zakir Ahmad, 46, Johor.

3)       ….. memandu uji hati terpikat, hati terpikat impian tersemat, impian tersemat ditingkatkan usaha, ditingkatkan usaha membawa matlamat ingin memilikinya. – Mohamad Yusof Ibrahim, 34, Pahang.

Slogan para pemenang ’grooming’ dan makan tengahari di Pavilion Kuala Lumpur:

1)        ….. tertarik dan terpesona dengan ciri-ciri reka bentuk, model dan pemanduannya yang menjanjikan pengalaman luar biasa yang mengujakan. – Mohd Badrul Hisyam Sulung, 33, Terengganu.

2)       ….. ingin merasai kuasa enjin berteknologi tinggi, ruang dalaman yang lebih maskulin serta ciri-ciri keselamatan serta reka bentuk yang dipertingkatkan. – Abdul Kadir Othman, 45, Kuala Lumpur.

3)       ….. kuasa enjinnya yang berteknologi tinggi yang pastinya memberikan kepuasan ketika memandu dan saya yakin akan ciri-ciri keselamatannya yang dipertingkatkan. – Muhammad Afiq Rahim, 22, Perak.

4)       ….. merupakan kereta idaman, inginku mendapatkan peluang memandu uji semalaman. Tampak eksklusif, penuh keunggulan, bergaya dan pasti cukup selesa. – Mohd Harith Nazar, 25, Selangor.

5)       ….. inginkan cabaran dengan pemanduan yang penuh berkesan tanpa mengetepikan aspek keselamatan untuk memacu dengan penuh berkeyakinan di atas jalan. – Fatehi Kasim, 28, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada para pemenang!